Memula sy nak habaq... Putih dengan cerah tak sama yer..kalau dah namanya wendy wong atau Ah Mei..dah sah sah kulit kau putih. Tapi kalau kat kaki tu ada tag 'made from africa'..tolonglahh jangan nak jadi wendy wong sangat. Memang tak layan laa macam tu.
Hmmm..tapi tapinya kan...kulit kalau cerah ..akan sangat memikat. Cuba tengok model2 kulit hitam yang kat majalah tu. Even kulit diorang hitam..tapi kita tetap nak tengok depa juga kan... cuba perhati kulit diorang, cantik kan..hitam tp nmpk cerah, nmpk translucent jer..best tgk.
So walau apa sahaja tagging kita samada made from usa ke indonesia ke india ke africa ker..kita blh dptkan kulit yang cerah. Cerah di sini membawa maksud bersih dan kemas. Terjaga dengan rapi dan penuh hati2.
Hei..apakah puncanya yg sy membebel pasal kulit hitam putih nih. Jangan buat aduan dlu yer.. sebab petua hari ni menggunakan kopi untuk kecantikan kulit badan. Biar halus dan mulus, biar semakin cerah menawan.
Saya tak tau knp laa sy ni rajin sgt mencuba itu ini. Pantang jumpa petua, sy akan cuba hr tu jg. Petua tu memanggil2 sy untuk mencubanya. Okeh..stop la segala bebelan dn back to bisnes...
Caranya macam ni..p cari serbuk kopi yg ori, bkn nescafe yer...ambik lebih kurang 2 sudu besar. Letakkn dalam mangkuk klu boleh mngkuk plastik. Kang ko guna mangkuk kaca, anak2 berlari tersentuh tersadung tersepak..ko juga yg penat menjerit.
Lepas tu ambik segenggam dua beras pulut, basuh, toskan airnya dan goreng dengan minyak zaitun yg pure atau virgin. Jangan beli yang dah diproses. Goreng sampai kekuningan. Oopss. Minyak zaitun tu skit jer yer..bukan nak buat deep fry pun okey.. then blend kesemua beras tadi biar jd halus sehalus mungkin. Ambik 1 sudu besar, selebihnya simpan. Kang nak buat lg tk payah susah susah basuh kuali.
Campurkan beras dengan serbuk kopi tadi. Tambah sedikit air agak2 yang selesa untuk kita tenyeh2 atau sental2 kat kulit nnti. Masuk bilik mandi..sental la kulit korang dr atas bdn ke bwh..sental lama skit kt tempat2 yg degil,yg hitam, yg lusuh,yg kelabu taikanjing..hehe...
Dah tu bilas dan mandi spt biasa. Buat 2 atau 3 kali seminggu. Jangan mngharap kulit tu tukar cantik serta merta yer..cinderella pun perlukan masa untuk jd cantik.. tapi klau kulit tu jenis alim baik..insyaallah akn nmpk perubahan sebaik mandi. Tapi untuk kulit yg degillll tu..sabar skit yer..mungkin korang hnya nmpk kesannya dlm 2 ke 3 minggu amalkan petua ni. Macam kulit sy ni jenis baik gak...selalu bg response immediate. Klu suka pun cepat..klu dia tk suka pun cepat jer tumbuh mcm2..hehe...
Apa kata kita amalkan sama2 dan kongsikn hasilnya di sini untuk rujukan pencinta kecantikan yg lain ;-)
~PETUA KECANTIKAN SEMULAJADI~
Sekadar berkongsi pengalaman sendiri tentang petua-petua kecantikan yang pernah diamalkan mak, nenek dan moyang kita dari generasi lampau sehinggalah terkini...
Monday, February 4, 2013
Wednesday, January 30, 2013
Bapak Segala Petua
PEACE...!!! Kepada adik-adik, kakak-kakak, senior junior semua yang tak pernah jemu minta saya menulis tips-tips kecantikan atau perawatan wajah. Cek mintak maaf banyak-banyak sangat...Ekceli..saya tak berapa sihat sejak 2 ke 3 bulan lepas, now sdg recovering. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..sejak recovering ni, saya ada beberapa petua yang tak sabar-sabar saya nak kongsikan dengan semua orang. Eh eh..saya sakit apa sebenarnya? Hmmm..takder la serius sgt pon..Mungkin manja ja lebih kot. Serius tak serius pon..jantung kawan-kawan..jantung..heart of my life (sad-dehhh woo). Memula tu memang suspek jantung sebab jantung berdegup terlalu kencang..240/minit. Adik-adik kakak-kakak bayangkan ketakutan saya..Bacaan normal adalah antara 90 ke 100 seminit jer.Sedangkan bacaan jantung saya ketika itu dah berganda-ganda. Kalau duit berganda ok la jugak. OOo tidak.
Bila doktor buat ecg, x-ray, scan..keadaan jantung normal. Sampaikan doktor pun dah mati akal, mati kutu tk tau nak buat apa dengan saya ketika itu. Last2 saya ajak doktor tu main kutu dengan saya..Hmm yang ni merapu je saja melepaskan stress dengan doktor itu..
Maaf, atas kekalutan main tarik-tarik tab dengan anak saya, dia telah terpublish entry ni sebelum masa yang sepatutnya. Sebenarnya tak habih lagi. Petua pun tak mulakan pun lagi..
So..Ini adalah petua yang saya amalkan untuk mengurangkan rasa sesak nafas, penat, letih akibat 'sakit' tu...
Pertama..saya percaya dengan perubatan menggunakan ayat-ayat suci al-quran. Setiap pagi dan sebelum tidur saya akan bacakan surah al-fatihah sekali, ayat kursi sekali, dan 3 qul 3 kali. Lepas tu saya bacakan selawat sambil usap2 bahagian dada. Alhamdulillah..rasa la lega sikit . Kendian saya amalkan makanan berikut :
_________________________________________________________________
1) Cuka Kurma @ Khal. Cer baca info yang saya copy dari laman web ni http://manmala.blogspot.com/2011/10/khasiat-dan-kelebihan-cuka-kurma.html
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada
buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang
disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah
menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat,
dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Kandungan Cuka Kurma:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P
(bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma
juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan
dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).
Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
___________________________________________________________________
2) Kurma. Baca juga info tentang keajaiban kurma di sini http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-buah-kurma.html#ixzz2JWH3XomK
Khasiat Buah Kurma (Tamar)
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit
Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma
setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit
kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian
seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah
merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara
teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang
sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan
merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang
siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan
membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih
banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir,
lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan
nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling
Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma
nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma
dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin
baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar,
kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang
tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem,
sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar
dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam
boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan
alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan
pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga
waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah
kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika
seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar
dijadikan amalan harian
__________________________________________________________________
3) Minyak Zaitun. Baca info tentang keajaiban minyak zaitun kat sini http://tayibah.com/eIslam/zaitun.htm
Amalkan
gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak,
bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua
lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan
perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK
ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu
yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap
adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.
Tumbuhan
zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.
Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah
yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K
dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata
olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek
dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan
dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah
zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan
minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah
penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan
bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak
zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan
tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak
zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia
merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam
pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia
merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran.
Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E
dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit
jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Menurut
ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan
sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga
digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam
mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah
zaitun boleh mengatas masalah sembelit.
Pengambilan
lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung.
Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang
berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan
berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak
zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut
statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean.
Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian
terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit
jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian,
risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun,
penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak
zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit
jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.
Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan
arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan
serangan jantung.
Kajian
yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan
"Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih
dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.
Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan
sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel
Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol
ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian
lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak
zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan
sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser,
makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika
Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara
yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai
risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca
kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan
selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
CARA
PENGAMBILAN:
1.
Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.
Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak
zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam,
cuci).
3.
Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh
minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat,
biarkan selama 2 jam, cuci).
______________________________________________________________
4) Madu.
Madu ni dah lama saya amalkan iaitu kira-kira 9 tahun lalu. Alkisahnya selepas melahirkan anak pertama 9 tahun lepas, saya kerap berasa letih yang amat. Almaklum rutin hidup telah bertukar sama sekali. Daripada selalu kene bangun pukul 6 pagi..lepas dah ada anak kene bangun -tak tau pukul berapa pagi..asal dia jaga jer mamanya pun jaga la jugerr...masa tu tak kenal siang atau malam, pagi atau petang, yang saya tau, bila dia buka mata, dia akan buka mulut. Macammana nak bagi dia tutup mulut..adalah dengan menutupkan mulutnya dengan susu.hehe...Masa tu saya fully breastfeed, kira working mom yang mmg exclusive bf. Oiiiiii letih laa sangat sangat sangat. Masa rehat dijadikan sesi mengepam susu. Takder istilah rehat bagi saya kecuali waktu malam sejam dua anak tdo.
Macam-macam saya amalkan untuk mengembalikan tenaga yang menghilang kat ofis, kat student2, kat suami lebih lebih lagi kat baby yang sedang menyusu ketika itu. Namakan saja segala jamu mak dara anak dara bapak teruna..Semua saya dah cuba, tapi yang paling best bagi saya adalah madu. Walau tido beberapa jam je di waktu malam, saya tetap bertenaga untuk meneruskan kehidupan untuk bekerja dan melayan yang sepatutnya. hehe.. Alhamdulillah. Jenama madu yang saya amalkan adalah madu Khaula. Yang diiklankan kat tv tu..
Banyak khasiat madu ni sebenarnya..Nak taip banyak-banyak kot keras kematu lak jari ni, so saya copy paste jer dari laman blog BFF (BFF la sangat..dah copy bab tu cepat2 ngaku BFF). Hehe.. Sebenarnya saya kenal blog-blog ni melalui blogwalking mencari info-info tentang peyakit dan amalan pemakanan sihat untuk mencegah penyakit-penyakit kritikal seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dll. So saya kira BFF la juga sebab diorang baik hati sangat buat entry pasal ni untuk semua orang kannn...
Saya copy dari sini http://bahterayubalams.tripod.com/id10.html
Fungsi Madu Dan Peranannya.
-
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
-
Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
-
Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
-
Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
-
Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
-
Sumber laxative yang natural dan lembut
-
Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
-
Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
NOTA:
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang
amat diperlukan manusia untuk meningkatkan
fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan
yang dihasilkan
lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen,
propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.
Lebih menarik
lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau
dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh
dihasilkan
oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya
boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri
KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI
A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan
kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan
gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu
akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan
ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau
kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan
nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran
sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
"MIRACLE ANTIBI0TIK"
KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH
Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
SAPULAH MADU JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas
luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari
kuman.
b) Kelecuran akibat api,
air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain
penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan
madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU
A) IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga
untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi
saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk
selsema, lelah dan lain-lain.
B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai
penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman
cahaya mata.
2. Kandungan zat galian
dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih
dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus
pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis
B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian
madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif
lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang
merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut
bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman
dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan
sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung
perut bayi.
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama
jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses
penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman
dan lawas buang air.
![]() |
| Tak baper sihat sangat lagi, ini adalah cubaan untuk menghiburkan diri sendiri.. |
So, sepanjang 4 ke 5 bulan lately, saya amalkan semua yang tersebut di atas..Cuka kurma, Minyak Zaitun, Madu dan Kurma. Saya yakin semua makanan sunnah tersebut dapat membantu saya memulihkan semula kesihatan saya ke tahap yang optimum. Insyaallah..Saya masih tak berapa kuat seperti saya pada tahun lepas, tapi rasanya dah semakin pulih ni sekarang.
Ada juga berita baik / kesan sampingan lain yang saya terperasan (atau perasan jer kot..takper masuk bakul angkat laa sendirik). Bagi saya, cuka kurma yang saya amalkan tu sedikit sebanyak membantu saya mendapatkan bentuk badan yang lebih ramping. Mungkin ianya disebabkan proses buangan toksin dalam badan yang telah menjadi bertambah giat..Kalau dulu saya ke toilet sehari sekali, lepas amalkan cuka kurma tu, sehari 2 kali ke toilet..Itulah yang menyebabkan saya perasan perut saya dah tak berapa boncit sangat.
Lagi satu kurma (hehe.. yang ni pun mungkin perasannnn sendiri la tuuu). Setelah amalkan kurma selama beberapa minggu, saya rasa struktur wajah menjadi bertambah baik..so...nampak la muda sket..(Sapa nak tau umur saya, belanja Mc D dulu ek;)...). Bila struktur wajah bertambah baik, dan perut pun tak boncitt sangat, hati pun girangggg..lalalala...So yang sakit2 pun takder la rasa teruk sangat.
Apapun, coretan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya bukan doktor atau saintis, tapi banyak kajian yang telah dijalankan oleh para saintis tentang 'keajaiban' kesemua makanan yang saya sebutkan di atas tu...Allah telah turunkan pelbagai penawar untuk kita, dan kita harus yakin dan percaya dengan pemberiam Allah ini. Insyaallah..
Saya doakan kesihatan yang cemerlang kepada semua yang membaca dan mohon doakan juga untuk saya yer..
Sekian...
Thursday, May 3, 2012
Petua Mencerahkan Kulit - Edisi SUNBURN!!!
Baru-baru ini aku ada menyertai karnival sukan MARA Peringkat negeri Kedah. Game dibuat dalam format pasukan (A dan B), kami main untuk 3 games di mana masanya adalah antara pkl 10-12.30 tghr! Masak mak masakkkk...Masak habih semua kulit muka dan badanku yang di'jaga' bagai menatang minyak yang penuh itu. Meraung petang tuh. Waaaaa!!!
Abang, tengok tangan Yatie, macam udang kena bakar hangus ja nih
Abang, tengok kejap muka Yatie ni, nampak tak sunburn, nmpk tanned kan?
Macam mana ni yer sayang?
Penat berkeluh kesah macam tu, akhirnya aku cuba fikirkan apa petua yang pernah aku baca atau cuba sebelum ini untuk mengatasi masalah kulit sunburn nih. Aku cuba meniru lagak Jimmy Neutron yang selalu ditonton bersama anak-anak jam 4.30 petang setiap hari. Jimmy Neutron nih kan, pandai jer gunakan otak besarnya untuk fikir penyelesaian kepada sebarang masalah yang dia atau kawan-kawannya hadapi. So aku fikir apa salah cuba tiru gayanya...Kalau tak dapat jawapan, at least berbaloi Allah bagi otak untuk berfikir.
Fikir
Fikir
Fikir........
Akhirnya terkeluar jugak idea menyapukan kulitku yang dah tanned itu dengan buah tomato.
Rasanya sebelum ni aku pernah buat menggunakan cara tu. Muka nampak cerah selepas ditenyeh dengan jus tomato asli.
Buka peti ais. Nasib baik ada lagi sebijik tomato kat dalam tuh. Stok lama tapi tak kisah la bukan nak buat makan pun.
Aku belah dua, then aku ambik separuh dan separuh aku tinggalkan kat dalam peti ais. Lalu aku mula picit buah tomato tu perlahan-lahan,sambil aku dab dab perlahan-lahan ke seluruh wajah - buat dengan perlahan-lahan risau kulit jadi sakit akibat sunburn tuh.
Biarkan sehingga dia betul-betul kering kat muka, then basuh dengan air biasa jer. Dah bersih aku ambik pulak air sejuk kat dalam peti ais - takdernye air sejuk kat dalam peti ais - apa yang aku buat, ambik ais ketul, letak dalam besen, pastu masukkan air tapis ke dalam besen tu, goyang goyang goyang......dapatla air yang sangattt terrrr....sejuknyerrr.....
Lalu aku lalukan air yang sejuk tu kat muka. Buat sampai habih air sejuk tadi. Aku tak lap air tu, biar kering sendiri.
Then apa jadi? Jadi ker???
Hmmmm..jadi.........kalau sebelum tu aku nampak kulit macam dah seperti udang galah dibakar - kemerah-merahan kat bahagian apple pipiku, tapi lepas aku buat aktiviti kat atas tu, alhamdulillah hilang semuanya. Esoknya kulit kembali normal sudaaa - normal kembali....
amaran : jus tomato ni mungkin akan menyebabkan kulit anda gatal2 semasa diletakkan kat muka. So, hati-hati ladies! Jangan garu2 pulak, kang susah pulak diriku ini nak kena cari petua menghilangkan luka akibat garuan anda itu.
Why not u try maaa????

Friday, April 27, 2012
Pelembab Semulajadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.
Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :
Bahan-bahan :
1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)
Caranya :
Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.
Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

| Selain enak banget dibuat goreng, kobis juga bagus untuk kecantikan kulit. ..Gambar ehsan SINI |
Caranya :
Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.
Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!
Friday, May 20, 2011
Maajun Anggun Bistari
Sesungguhnya, sejak dari dulu lagi saya percaya akan betapa mujarabnya, betapa berkesannya amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu kala.
Antara amalan yang masih segar dan digunakan sehingga sekarang adalah amalan memakan jamu-jamu terpilih. Bagi orang seperti saya yang tidak begitu gemar dengan konsep 'kesetiaan jenama', saya sering bertukar-tukar antara satu jamu dengan jamu yang lain. Sebelum ini saya amalkan jamu yang diadun oleh mak bidan dari kampung saya sendiri, yang mana sebelum dari itu, saya amalkan jamu mak dara terutama ketika menyusu badan. Tetapi kini, saya amalkan pula Maajun Anggun Bistari.
Review dari saya : rasanya yang sangat sedap, selain membuang angin dan membuatkan badan terasa ringan, maajun ni juga dibuat khas supaya ibu-ibu dapat menjarakkan kehamilan. Maknanya 'pil perancang' yang semulajadi. Nih ada rahsia lagi, pssttt...rupa-rupanya maajun ini dapat 'mengetatkan' bahagian-bahagian yang dah 'longgar-longgar'. Hehe..perkara ini juga diakui oleh rakan-rakan saya yang lain.
Jika anda sukakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran, anda tentu sukakan rasa maajun ni, dan baunya-- wangi...sangat.
Anda boleh dapatkan maajun ini di mana-mana kedai jamu online. Saya dah browse kt google, insyaallah ramai yang menjual produk ini. Dengan harga serendah RM 15 untuk sebulan, anda akan mendapati hasil yang sangat memberangsangkan.
Apa kata anda mulakannya hari ini. Ingat, walau berapa sahaja usia anda, masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik.
Selamat mencuba..

Labels:
awet muda,
petua jerawat,
seri wajah
Monday, February 15, 2010
Sehari Bersama 'Petua Saya'
Sehari Bersama Saya. Itu sebenarnya tajuk posting yang nak saya letakkan pada hari ini. Untuk posting ini, saya akan dedahkan semua amalan saya sehari-harian dalam usaha saya untuk kekal sihat, Insyaallah. Tujuan utama saya adalah untuk berkongsi amalan yang saya lakukan selama ini dalam proses menjaga kesihatan tubuh badan dan kulit. Saya takut kelihatan tua sebelum masanya.
Kita bermula di waktu pagi sampailah ke waktu malam :
6.15 pagi :
- Mula-mula saya akan susukan anak saya, Umar telebih dahulu. Ini untuk mengelak dia dari terjaga semasa saya melakukan senaman ringan selepas itu.
- Sebaik susukan Umar, saya tak terus bangun dari tempat tidur. Sebaliknya saya akan baca selawat 3 kali, hembus dan sedut hembusan tadi sambil usap wajah. Saya juga buat senaman ringan posisi duduk terlebih dahulu. Saya memilih untuk melakukan posisi yoga kerana ia lebih senyap.
- Selesai senaman yoga posisi duduk, saya akan bangun dari katil dan buat senaman yoga yang memerlukan saya berdiri. Anda juga boleh buat yoga ni.. Mudah sangat. Pergi la ke mana-mana kedai jual CD, mesti ada CD senaman yoga. Pilih senaman yang khas untuk 'beginner'
- Sebenarnya saya tak sempat nak buat semua posisi yoga yang diajar dalam CD tu. Kesuntukan masa. Tapi bagi saya, better late than never. Lebih baik buat skit dari tak buat langsung.
- Lebih kurang 10 minit gitu, selesai la senaman ringan saya. Saya kira senaman ni cukup 'ringan' sebab saya ambil masa terlalu singkat untuk selesaikannya. Apa nak buat, kene kejar masa. Heheh (Saya bercita2 untuk bangun seawal 5.30 pagi mulai bulan Mac ni untuk buat aerobic. CD dah beli)
- Selesai yoga, saya terus capai tuala, ambik ice cube dalam freezer dan terus ke bilik mandi. Apa nak dibuat dengan ice cube tu?? Ha. Inilah rahsianya. Ramai celebrity yang buat macam ni. Ice cube tu gunanya untuk diusap2kan ke kulit wajah. Tujuannya untuk menegangkan kulit wajah dan supaya mudah untuk letak mekap nanti.
-Lepas mandi terus solat, pakai baju keje dan mekap. Keje mekap ni jadi sangat mudah sekiranya sebelum mandi tadi kita dah segarkan kulit muka dengan ice cube tadi.
7.40 pagi :
- Sebelum bertolak keluar, saya akan makan madu Khaula 1 sudu kecil + HPA Stoma K + HPA Paramaria Plus + HPA Tuju Angin. Saya percaya dengan produk HPA ni. Kesannya pun memang memberangsangkan. Nak tau lebih lanjut, emel je saya.
- Kemudian hantar danial ke tadika dahulu, then terus pegi keje. Masa keje tu, keje sungguh2 supaya petang nanti rasa berbaloi datang keje. Baru hati rasa tenang. Bila hati rasa tenang badan pun sihat je....
-Lunch biasanya saya akan cari tempat makan yang ada ulam-ulaman. Selain memang sangat sedap untuk dimakan, ulam juga dapat membantu kita menjaga kesihatan dan mencantikkan struktur kulit. Tak caye, tanya aunty Sarimah.
5.30 ptg :
- Lepas punch out, terus ke kelas aerobic. Have fun selepas seharian penat bekerja. Dulu saya memilih untuk buat sauna sekali dalam masa sebulan. Tapi aerobic ni lagi best sebenarnya. Boleh berseronok2, hehe..4 kali buat aerobic, berat saya turun 3 kg.
7.00 ptg :
- Sebaik habih sesi aerobic, terus balik rumah. Mana taknya, si kecil pasti mengamuk kalau lewat skit. Sbb tu lepas ni saya ingat nk wat aerobic waktu awal pagi je, so petang blh balik awal. Paling tidak nnati, saya hanya akan hadir ke kelas aerobic sekali dalam seminggu. Bukan apa, menari beramai2 sebenarnya lagi syok.
9.00 mlm :
- Lepas solat isyak, baca quran, then ajar danial mengaji, kemudian gilir2 dengan husband untuk ajar danial siapkn keje sekolah.
10.00/11 mlm :
- Tidur....zzzzzzzz. Waktu tidur ni fleksibel, ikut Umar. Tapi paling lewat pun dalam pukul 10.30. Budak kecik ni nak kene ajar tidur awal, kalau tak dia pakai ikut dia je.....Susah mamanya nanti. Eh! Lupa lak. Sebelum tidur, makan madu Khaula lagi + HPA Paramaria Plus + HPA Herba Tuju Angin

Tuesday, February 2, 2010
Promosi Sabun Ajaib
PROMOSI SABUN AMOOREA!!!
1) RM 90 untuk satu bar 25 g (termasuk kos pos)
2) RM 30 untuk 1/4 bar (termasuk kos pos) ----PROMOSI NI HANYA UNTUK 12 ORANG PEMBELI PERTAMA SAHAJA-----
* Harga biasa untuk 1/4 bar adalah RM30 + RM 5 (kos pos) = RM 35
CEPAT CEPAT CEPAT. Emel saya di e.norhayati at (at ganti dengan @) gmail.com untuk ketahui cara2 bayaran atau tulis permintaan/order anda di shoutbox sebelah.

amoorea,
promosi amoorea,
sabun ajaib
Subscribe to:
Posts (Atom)